MELAKA: Seorang wanita warga Thailand cuba melarikan diri dengan terjun dari tingkat tiga sebuah hotel bajet sebelum ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka dalam Op Gegar di Melaka Raya, petang semalam.
Pengarah JIM Melaka Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata wanita berusia 27 tahun itu ditahan sebaik tiba di bawah hotel berkenaan dalam serbuan kira-kira 6 petang.
Beliau berkata suspek itu merupakan antara 12 wanita warga asing yang ditahan terdiri daripada lapan warga Thailand, dua Indonesia dan masing-masing seorang Vietnam dan Laos, berusia 25 hingga 35 tahun.
"Kesemua wanita itu ditahan kerana disyaki menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran sekitar RM250 hingga RM350 mengikut pakej yang disediakan selain melanggar syarat pas atau permit selain tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah.
"Kegiatan tidak bermoral itu ditawarkan menerusi aplikasi WeChat dan operasi yang dijalankan adalah berdasarkan aduan orang awam dan risikan selama dua minggu dilakukan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata sebanyak lima saman kepada saksi dikeluarkan terhadap pengurus hotel dan pelanggan untuk hadir ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa Imigresen Melaka bagi membantu siasatan lanjut.
"Turut dirampas dalam serbuan itu ialah beberapa buku rekod pelanggan, kondom, pil pencegah hamil dan peralatan yang digunakan bagi tujuan seks," katanya.
Anirwan Fauzee berkata kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana telah melanggar syarat pas lawatan atau permit kerja dengan bekerja secara tidak sah.
Beliau berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik premis serta majikan yang menggajikan warga asing tanpa dokumen perjalanan dan pas atau permit kerja yang sah atau sengaja memberi perlindungan kepada warga asing yang melanggar Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023
Wanita berusia 27 tahun itu ditahan sebaik tiba di bawah hotel berkenaan dalam serbuan kira-kira 6 petang. - Foto Sinar Harian
Wanita warga emas rentung dalam kebakaran
Seorang wanita warga emas rentung manakala 19 penghuni selamat dalam kebakaran yang memusnahkan satu blok rumah persendirian di Sibu.
Hukuman penjara 38 tahun warga emas bunuh jiran diganti penjara minimum 30 tahun
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman penjara 38 tahun seorang warga emas dengan pemenjaraan minimum 30 tahun bagi kesalahan membunuh jirannya.
TPM Fadillah bertemu Menteri Air Palestin, zahirkan kesediaan Malaysia pulihkan bekalan air
Malaysia bersedia untuk membaiki atau membina semula sistem bekalan air bersih pasca konflik di Semenanjung Gaza, Palestin.
Tiga warga Myanmar ditahan masuk ke Malaysia melalui Sungai Golok
Tiga lelaki warga Myanmar ditahan ketika cuba masuk ke negara ini melalui Sungai Golok, malam tadi.
JKDM rampas minuman keras, rokok seludup bernilai lebih RM500,000
JKDM berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM500,000 di Johor.
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Bayi 10 bulan maut dalam jagaan pengasuh
Mangsa dihantar ke rumah pengasuh pada sebelah pagi oleh ibunya dalam keadaan yang sihat.